Oriva Site Partner

Assalammualaikum

Semua insan di mukabumi ini berusaha dan berdoa serta disamping itu berharap pada Yang Maha Esa agar dianugerahkan Kesihatan yang baik dan Kesejahteraan dalam hidup



INSYAALLAH

Rangkaian Produk ORIVA berikut dapat membantu usaha anda

  • Oriva Aloe Vera Gel
  • Oriva Genius
  • Oriva Choco Drink Plus
  • Oriva Cafe
  • Oriva Health water
  • Diet Plus
  • Body Contour Gel
  • Body Reforming Gel
  • Pureraria




  • Terima kasih daripada
    Oriva Site Partner

    Informasi kesihatan berkenaan Gout

    Mengenal Gout

    Gout adalah satu penyakit arthritis paling menyakitkan.Ia berlaku apabila peningkatan melampau asid urik didalam badan. Pertambahan asid urik melampau ini boleh menyebabkan hablur asid yang tajam terbentuk lalu terkumpul dalam sendi-sendi dan ia seringkali terjadi pada ibu kaki. Asid urik yang terkumpul ini (dipanggil tophi) dan ia kelihatan seperti ketulan-ketulan di bawah kulit. Hablur-hablur asid urik yang terkumpul ini juga boleh menyebabkan terbentuknya batu karang didalam buah pinggang. Serangan pertama gout seringkali berlaku pada ibu kaki. Serangan akan dirasai apabila pesakit bangun dari tidur. Jari kaki terasa panas,sangat sakit, merah dan bengkak

    Gout boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Pembengkakan
  • Kemerahan
  • Kepanasan
  • Kaku pada sendi-sendi


  • Selain ibu kaki, gout juga boleh menjejaskan:
  • Pergelangan kaki
  • Buku lali
  • Lutut
  • Pergelangan tangan
  • Jari-jari
  • Siku


  • Serangan gout boleh berlaku apabila seseorang itu tertekan, mengambil alcohol, mengambil dadah atau jatuh sakit. Serangan awal akan sembuh dalam tempoh 3 hingga 10 hari .Malah tanpa rawatan, serangan lain mungkin tidak berlaku selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

    Video tutorial penyakit Gout dari Xplain.com

    Informasi kesihatan berkenaan Diabetes

    Mengenal diabetes

    Apa itu Diabetes ?
    Diabetes Mellitus adalah sindrom penyakit kencing manis(diabetes) yang sering dihidapi oleh manusia masa kini.Secara umumnya terdapat dua jenis sindrom untuk penyakit kencing manis ini.
    Penyakit diabetes ini berlaku apabila organ pankreas dalam tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan hormon insulin atau berlakunya rintangan pada hormon insulin tersebut.Hormon insulin ini secara umumnya bertindak untuk menukarkan glukosa(gula) ke bentuk tenaga.Sekiranya hormon insulin ini tiada atau berlakunya kerintangan pada pada hormon ini maka glukosa akan terkumpul dan tahap glukosa akan meningkat didalam darah.Glukosa yang terkumpul ini akan bertindakbalas dengan unsur protein badan lalu ia akan mengundang penyakit lain seperti tekanan darah tinggi,strok,lemah jantung dan sebagainya.

    Simptom atau gejala yang terdapat pada penghidap kencing manis
  • Sering dahaga yang melampau
  • Sering letih dan lesu
  • Kehilangan berat badan yang mendadak
  • Kerap membuang air kecil(kencing) pada tahap berlebihan
  • Luka lambat sembuh
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Perubahan pada optik mata


  • Berikut adalah maklumat berkenaan diabetes melalui suntingan video-video informasi

    Diabetes Mellitus (Type 1) Diabetes Mellitus (Type 2)

    Video dokumentari diabetes dari blog.answerstv.com

    Diabetes overview Do i have diabetes
    What does diabetes do Blood Glucose Monitoring
    Living with diabetes

    Maklumbalas daripada Anda

    Nama
    Email
    No telefon
    Subjek
    Pesanan
    Image Verification
    Please enter the text from the image
    [ Refresh Image ] [ What's This? ]

    Powered by Emailmeform


    numenmail.com